[+] Bangun pagi dengan beban kesakitan di kepala yang melebihi 12.5 kala richter adalah tragedi yang sangat tak mengujakan, terutamanya bila kau betul-betul mahukan salvation dari kelam kabut dan melakoli hari Isnin.
"The world needs wannabes
The world loves Wannabes
Let's get some more wannabes
Hey, hey, do the brand new thing!"
Babi.
Monday, July 13, 2009
Friday, July 10, 2009
[+] Selit, selitan.
Kata member gua pada gua, dengan penuh konfiden, lagi sekali.
"Dude, lu dok komplen tak sihat la, sakit itu la, sakit ini la...Ni, lu tak payah la bayar mahal-mahal dekat klinik nak bikin medical check up apa kelancut semua tu lah. Lu bikin sit up dulu hari-hari dalam 10 minit satu hari, itu pun dah kira cukup baik, ape.."
Cilakak betul.
Attack personal, nampak...
Sheesh.

Thursday, July 09, 2009
[+] Rawak: Rejim-rejim kebencian itu.
...dan bila irama itu dimainkan,segala kekarutan itu akan menerjah masuk, macam empangan pecah. Atau, puting beliung yang melanggar dan menjahanamkan apa dihadapannya. Irama itu merantai dan menguasai nurani para pejuang-pejuang kata yang berdiri dengan panji-panji kebenaran mereka bersama mimik-mimik muka yang pelbagai. Ada yang keliru, ada yang marah, ada yang sebal. Di sini, adalah sempadan diantara kebenaran dan pembodohan.
Apa yang bermula dengan hanya sebagai gurauan ringan, kini telah bertukar menjadi simbol kebencian mutlak. Kata-kata kini jadi racun, aksi pula menjadi saksi. Tiba masanya untuk pecah dan perintah.
Semua yang lemah, perlu tunduk mengalah.
Mereka menyelusup masuk dalam gelap malam dan pada saat kewarasan diri sedang lemah, mereka akan menabur benih-benih itu pada anak-anakmu yang masih hijau, naif dan tak bersalah. Yang selalunya tertawa mengekek-ngekek melihat aksi lucu mereka tanpa walaupun tak faham apa yang dilihatnya.
Atau, mereka akan berdiri dihadapanmu dengan senyuman manis, tanpa rasa takut walaupun sekelumit dan dengan penuh sopan membasuh mindamu secara terang-terangan.
Sama ada cara lembut ataupun keras, ini hakikatnya: kau sudah lama tewas dalam perjuangan ini.
Menyerah, dan kau kan selamanya disini.

[+] Nota pada agensi tertentu.
Dalam hidup ini, pendidikan dan kesihatan adalah yang paling utama dan priority nombor satu. DAN IA HARUS DIBERIKAN SECARA PERCUMA. Bukan pada siapa yang punyai banyak wang dan berkuasa. Jangan perjudikan kehidupan dan kesengsaraan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Bukan boleh bawa harta ke lubang kubur, pun.
Tak baik lah, bodoh. Faham tak?

Wednesday, July 08, 2009
[+] Nota kecil untuk hari ini.
Dah lama sangat aku tahan diri nak pos benda ni.
Sumpah!
Tapi. Tak boleh jugak.
Jadi. Aku dengan ini, membuat deklarasi sendiri (walaupun *ehem* bercanggah dan bersifat sedikit ironik) yang aku: si fakap, dah meluat dengan lagu-lagu "baru" yang selalu ke udara di corong-corong radio.
Yep, yep. Aku meluat.
Aku meluat pada lagu yang 'kononnya' terdiri dari pencampuran pelbagai jenis genre muzik tapi masih lagi dalam genere yang sama. Aku meluat pada lagu-lagu yang menggunakan pelbagai instrumen, tapi menghasilkan bunyian dan nota yang sama. Konon minimal lah.
Aku meluat mendengar lagu yang bergenre pop/ ballada/ rock/ etnik/ patriotik/ klasik yang kononnya diberi nafas baru tapi haram tak sedap langsung. (Terutama sekali lagu-lagu yang ada rapping di tengah-tengah) Abad lepas, mungkinlah ianya seperti sebuah experimen yang menarik. Nampak seolah macam pememecahan jurang budaya untuk melahirkan sesuatu yang baru. Tapi sekarang, aku rasa ianya sangat menjengkelkan sebab semua lagu dah jadi macam tu: Tipikal dan generik.
Aku meluat mandengar lagu-lagu cover atau rakaman semula yang tak mencapai tahap piawaian rakaman tapi masih diputarkan kerana penyanyi itu "tengah naik" dan nak menyanyikan semula lagu yang 20-30 tahun lalu popular sekali lagi, tapi dalam "versi mereka". Aku faham sedikit sebanyak tentang evolusi muzik dunia dan ianya adalah satu seni modern dan terkini: untuk menggabung cantum melodi lama dengan yang baru dan memberikan ia nafas baru. Tapi sebenarnya, ia lebih bersifat seperti tikus baiki labu. Ataupun, Frankenstein.
Aku dah meluat dengan pengulangan lagu-lagu yang sama tapi banyak versi artis yang menyanyikannya. Aku tahu lagu tu sedap, dude. Betul. Tapi kena fikir lah jugak: kadang-kadang kualiti lebih baik dari kuantiti, brader. Sikit-sikit, cukuplah. Dah la artis lama yang ambik lagu tu hang buat tak tau...
Oh, aku meluat dengan lirik lagu-lagu yang bersifat one sided dan tidak menjana pemikiran. Uh, macam lagu independent yang tidak independent. Haha.
Jadi, tolonglah.
Para pemimpin. Para cendekiawan. Para media, para komposer, para jurutera muzik, para pemuzik, para pencipta lagu, pencipta lirik,orang-orang korporat dan pejuang-pejuang seni yang sangat aku hormati.
Yang arif lagi bijaksana: Tolonglah selesaikan masalah ini, segera.
Buat sesuatu. Tolong jangan ambil ini sebagai benda mudah/remeh/enteng. Mungkin kita perlukan muzik alternatif yang lebih ada substance. Mungkin kita semua perlukan suntikan back to the roots, semula. Mungkin muzik independent saja tak cukup untuk menyelamatkan kita dari terjun ke gaung kebodohan ini.
(Jadi, kalau bolehlah.) Aku mahu muzik yang aku dengar dicorong-corong radio untuk menjana minda. Kembalikan zaman kegemilangan muzik tanahair. Untuk berfikir dan berimaginasi jauh lebih mendalam, luar dari normaliti pemikiran biasa. Aku mahu sesuatu yang lebih mencabar dari sekarang, yang punyai "jiwa" dan "sifat" tersendiri. Aku mahu lagu-lagu yang mampu melahirkan generasi masa hadapan yang lebih elegan, lebih kreatif dan lebih eklektik, bukannya lebih mundur, stagnant dan membosankan.
Agak-agak, boleh tak?
Heh.

Subscribe to:
Posts (Atom)